Islam Sebagai Agama Persekutuan
Kedudukan Islam
sebagai agama Persekutuan menunjukkan bahawa agama Islam telah diberi
keistimewaan dalam perlembagaan berbanding agama-agama lain di negara ini.
Kedudukan Islam yang istimewa ini tidak harus dipertikaikan memandangkan
peruntukan mengenainya ditunjangi oleh Perlembagaan.
Perlembagaan Persekutuan
itu pula adalah hasil kompromi dan permuafakatan bersama pemimpin-pemimpin
negara dan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama semasa
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.
Kedudukan
Istimewa Islam ini juga telah mengambil kira elemen-elemen tradisional penduduk
asal Tanah Melayu iaitu orang-orang Melayu ratusan tahun sebelumnya yang terus
menerus dipertahankan .
Contohnya, agama Islam telah menjadi anutan sejak
ratusan tahun bagi orang-orang Melayu. Kerajaan Melayu Melaka yang bertapak
kukuh selama lebih kurang 100 tahun pada kurun ke-15 telahpun memperkenalkan
undang-undang Islam yang dikenali Hukum Kanun Melaka. Walaupun undang-undang tersebut
dikatakan mengandungi unsur-unsur adat, namun sebahagian besar kandungannya
merupakan undang-undang Islam sebenar meliputi perkara-perkara sivil dan
jenayah.
Oleh yang
demikian, tidaklah menghairankan mengapa Islam menjadi agama Pesekutuan.
Sebagai Agama Persekutuan, Islam menjadi agama yang dominan dan mendapat banyak
keistimewaan di negara ini berbanding agama-agama Islam. Apa yang penting dalam
hal ini ialah, betapa pentingnya seluruh warga Malaysia yang terdiri dari
pelbagai kaum dan agama ini menghayati sejarah negara.
Tujuannya, agar setiap
peruntukan penting dalam undang-undang di negara kita dapat difahami mengapa ia
berlaku sedemikian rupa. Pemahaman mendalam mengenai sejarah negara dan
undang-undang tidak syak lagi dapat mengikis rasa ketidakpuas hati mana-mana
pihak terhadap suatu peruntukan undang-undang itu.
No comments:
Post a Comment