Hak Asasi
Hak Asasi
Manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia .Hak
Asasi Manusia bersifat sejagat tidak boleh dibahagikan dan saling bergantungan
. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia dan menurut Kamus Dewan hak asasi
ialah hak yang dasar atau pokok seperti hak bebas mengeluarkan pendapat,
menganut sesuatu agama, bergerak dan lain-lain.
Contoh yang diberi itu
sebenarnya hanya merujuk kepada makna tradisi hak asasi manusia. Dengan
perkembangan zaman, makna hak asasi harus diberi tafsiran yang lebih luas.
Penafsiran
Moden
Terdapat tiga
dokumen penting berkenaan Hak Asasi Manusia iaitu Perisytiharan Hak Asasi
Manusia Sejagat 1948, Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 dan
Kovenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966. Dalam
kedua-dua kovenan antarabangsa tersebut, hak asasi manusia tidak terbatas
kepada hak-hak berikut:
(1) Hak kebebasan bercakap, kebebasan
beragama, kebebasan berkumpul dan menubuhkan persatuan, kebebasan daripada
penderaan dan kesaksamaan di bawah undang-undang adalah hak sivil dan berpolitik
(2) Hak kepada pendidikan, pekerjaan dan
rekreasi, hak menikmati perkhidmatan yang minimum berkenaan kesihatan, tempat
tinggal serta persekitaran yang selamat adalah Hak sosial, kebudayaan dan
ekonomi.
Konsep kontrak
sosial menggariskan hubungan antara ahli-ahli masyarakat di mana setiap ahli
melepaskan hak individu tertentu untuk mendapatkan keselamatan sosial yang
bersifat kepentingan ramai. Pemikiran Rousseau ini telah menampakkan
pengaruhnya dalam pemikiran hak asasi moden. Maka sepanjang pembentukan tamadun
moden, imbangan antara hak individu dan hak ramai merupakan topik utama dalam
perdebatan berkenaan hak asasi manusia.
Tafsiran Setiausaha Agung
Hak asasi
manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia. Hak
asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling bergantung.
Hak asasilah yang menjadikan kita manusia. Berteraskan prinsip hak asasi
manusialah kita membina kesucian maruah manusia.
Perbezaan
Model kognitif Dalam Konsep Hak Asasi Manusia
Hak asasi
manusia mulai mendapat tempat di arena antarabangsa melalui Perisytiharan Hak
Asasi Manusia Sejagat 1948. Perisytiharan tersebut dipelopori oleh Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu yang keahliannya terdiri daripada kebanyakan
negara-negara merdeka di dunia.
Kumpulan lain
juga menerima pakai piawaian hak asasi manusia. Komuniti Europah (European
Community) misalnya telah mendeklarasikan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi
dan Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang
terhadap negara anggota Komuniti Eropah.
Sementara itu,
Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan Islam terhadap Hak Asasi
Manusia yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Perisytiharan ini lebih
mementingkan semangat ummah yang membawa konsep komuniti. Setiap hak asasi
manusia yang ditera dalam perisytiharan itu membawa bersama tanggungjawab
tertentu. Dalam setiap hak asasi manusia yang tertera, semua pihak adalah
tertakluk kepada batasan untuk memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta
kebajikan ummah.
Bagi tamudun
lama Cina pula, susunan masyarakat berasaskan persetujuan dalam keluarga,
kemudian dilanjutkan persetujuan itu ke peringkat kampung dan negara. Susunan
masyarakat Cina yang berasaskan fahaman Confucius sememangnya berbeza dengan di
negara-negara Barat yang lebih individualistik.
Perbezaan dari
satu tamadun ke tamadun yang lain menampakkan perbezaan persepsi antara hak
asasi manusia. Di satu pihak terdapat unsur individualistik yang mementingkan
hak individu dan bersifat bertentangan dengan hak ramai. Di satu pihak yang
lain pula terdapat semangat komuniti yang tinggi yang mementingkan hak ramai
daripada hak individu
No comments:
Post a Comment