Kewarganegaraan
Pengertian Kewarganegaraan
Kewarganegaraan adalah suatu keanggotan
seseorang didalam suatu negara. Kewarganegaraan juga bisa diartikan sebagai
hubungan antara negara dengan warga negara. Adapun menurut Undang-Undang,
kewarganegaraan adalah segala sesuatu yang berhubungan dengan negara.
Seseorang layak menjadi warganegara
Malaysia melalui empat cara yang berikut:
a. Kuatkuasa undang-undang
b. Pendaftaran
c. Kemasukan(naturalisasi/perwarganegaraan)
d. Percantuman wilayah
Kuatkuasa
undang-undang
Orang-orang yang berikut adalah warganegara
dengan kuatkuasa undang-undang:
1. Perkara 14(1) (a): setiap orang yang
dilahirkan sebelum Hari Malaysia (16 September 1963) dan merupakan warganegara
Persekutuan menurut peruntukan yang terkandung dalam bahagian I jadual kedua
Perlembagaan Persekutuan seperti yang berikut:
a) Dia menjadi
warganegara Persekutuan sebelum Hari Merdeka
.
b) Dia
dilahirkan di Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka dan selepas bulan
oktober 1962.
c) Dia
dilahirkan di Persekutuan selepas bulan September 1962 dan pada masa kelahiran
itu sekurang-kurangnya atau bapanya seorang warganegara atau bermastautin tetap
di Persekutuan, atau dia tidak menjadi warganegara mana-mana negara lain pada
masa lahirnya.
d) Dia
dilahirkan di Persekutuan pada atau selepas hari Merdeka dan pada masa
kelahirannya, bapanya seorang warganegara dan juga telah dilahirkan di
Persekutuanbatau pada kelahiran itu berada dalam perkhidmatan kerajaan
Persekutuan tau kerajaan sesebuah negeri.
e) Dia
dilahirkan di luar Persekutuan pada atau selepas hari Merdeka dan pada hari
kelahiran itu, bapanya seorang warganegara, dan dalam tempoh yang ditetapkan,
mendaftarkan kelahiran itu di tempat pejabat konsul Persekutuan, atau kelahiran
itu didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan jika kelahiran itu berlaku di
Singapura, sarawak, Brunei, tau Borneo Utara.
2. Perkara 14(1) (b): Seseorang yang
diahirkan pada atau selepas hari Malaysia dan mempunyai mana-mana daripada
kelayakan yang ditentukan dalam Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan
Perekutuan seperti yang berikut:
a. Dia
dilahirkan di Persekutuan dan pada masa kelahiran itu sekurang-kurangnya ibu
atau bapanya seorang warganegara atau bermastautin tetap di Persekutuan.
b. Dia
dilahirkan di luar Persekutuan dan pada masa kelahiran itu bapanya seorang
warganeagara dan dilahirkan di Prsekutuan, atu pada masa kelahiran itu bapanya
berkhidmat dengan Kerajaan persekutuan atau kerajaan sesebuah negeri.
c. Dia
dilahirkan di luar Persekutuan dan pada masa kelahiran itu bapanya seorang
warganegara, dan dalam tempoh yang ditetapkan, mendaftarkan kelahiran itu
dipejabat konsul Persekutuan, atau kelahiran itu didaftarkan dengan Kerajaan
Persekutuan jika kelahiran itu berlaku Brunei.
d. Dia
dilahirkan di Singapura dan pada masa kelahiran itu sekurang-kurangnya ibu atau
bapanya seorang warganegara.
e. Dia dilahirkan
di Persekutuan dan pada masa kelahirannya dia tidak menjadi warganegara
mana-mana negara.
Kemasukan
(Naturalisasi/ pewarganegaraan)
Menurut perkara 19(1), seseorang yang
berumur lebih daripada 21 tahun dan bukan warganegara malaysia boleh memohon
kewarganegaraan Malaysia melalui kemasukan dengan syarat bahawa:
a) Dia telah
bermastatutin di Persekutuan sekurang-kurangnya 10 tahun dalam tempoh 12 tahun
sebelum tarukh permohonan itu.
b) Dia berniat
hendak bermastatutin tetap di Persekutuan
c) Dia berkelakuan
baik
d) Dia mempunyai
pengetahuan yang memadai dalam Bahasa Melayu.
Percantuman
Wilayah
Menurut perkara 22, jika sesebuah wilayah
baru dimasukkan ke dalam Malaysia selepas Hari Malaysia (16 September 1963),
parlimen boleh melalui undang- undang menentukan warganegara wilayah itu yang
akan menjadi warganegara Malaysia atas sebab hubungan mereka dengan wilayah itu
dan tarikh mulanya mereka akan menjadi warganegara.