Visitors

Thursday, 10 March 2016

PENGENALAN PERUNTUKAN UTAMA

Pengenalan

Peruntukan utama

*Di sebut sebagai Traditional Elements.

*Dari perspektif sejarah, semua yang terkandung dalam peruntukan utama inin adalah warisan yang perlu dipelihara bagi menghormati hak-hak bumiputera sebagai pewaris Persekutuan Tanah Melayu.

*Perlembagaan Malaysia mengandungi dua unsur, iaitu unsur lama dan unsur baru. Unsur-unsur lama yang pernah diamalkan oleh sistem pemerintahanKerajaan Melayu lama seperti institusi raja, bahasa Melayu, hak istimewa orangMelayu dan agama Islam dikekalkan dalam perlembagaan.

*Tahukah anda bahawa di negeri-negeri Melayu, pemerintahan beraja telah lamawujud dan menjadi amalan turun temurun? Raja atau Sultan adalah simbol bagiorang Melayu. Segala urusan pemerintahan berpusat kepada raja dan istana. Malah,perkataan „Kerajaan‰ itu asalnya daripada perkataan raja, iaitu pusat segala sumberrujukan dan kuasa yang membolehkan simbol raja itu memerintah secara mutlak.


*Dalam topik ini, anda akan dibawa meninjau beberapa peruntukan istimewaPerlembagaan Malaysia. Antaranya adalah berkaitan dengan bahasa kebangsaan,kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan orang-orang Melayu, hak asasi rakyat,kedudukan agama Islam, kewarganegaraan dan akhirnya perlindungan khas Sabahdan Sarawak. Mari kita sama-sama ikuti perbincangan seterusnya berkaitan topik ini.

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan


Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.

Kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadam kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda.

Perkara 152. Bahasa kebangsaan.
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen

(a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen

(b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkanoleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(6) Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.




KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA

Kedudukan Istimewa Orang Melayu Dan Bumiputra


Keistimewaan orang melayu juga telah menjadi satu asas dalam perkembangan ketuanan orang melayu penerajuan dan pemilikan negara Malaysia.

* Keistimewaan ini telah diperuntukan dalam perlembagaan persekutuan Malaysia dalam perkara153.

Di samping peruntukan perlembagaan memberikan keistimewaan orang melayu,perlembagaan Malaysia juga memberikan perakuan dan peniktirafan terhadap undang-undang adat yang dilaksanakan dikalangan orang melayu.

Namun demikian undang-undang adat ini tidak dapat mengatasi dan melangkah kuasa perlembagaan persekutuan Malaysia.





HAK ASASI

Hak Asasi


Hak Asasi Manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia .Hak Asasi Manusia bersifat sejagat tidak boleh dibahagikan dan saling bergantungan . Hak asasilah yang menjadikan kita manusia dan menurut Kamus Dewan hak asasi ialah hak yang dasar atau pokok seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganut sesuatu agama, bergerak dan lain-lain.

 Contoh yang diberi itu sebenarnya hanya merujuk kepada makna tradisi hak asasi manusia. Dengan perkembangan zaman, makna hak asasi harus diberi tafsiran yang lebih luas.

Penafsiran Moden

Terdapat tiga dokumen penting berkenaan Hak Asasi Manusia iaitu Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 dan Kovenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966. Dalam kedua-dua kovenan antarabangsa tersebut, hak asasi manusia tidak terbatas kepada hak-hak berikut:

(1) Hak kebebasan bercakap, kebebasan beragama, kebebasan berkumpul dan menubuhkan persatuan, kebebasan daripada penderaan dan kesaksamaan di bawah undang-undang adalah hak sivil dan berpolitik

(2) Hak kepada pendidikan, pekerjaan dan rekreasi, hak menikmati perkhidmatan yang minimum berkenaan kesihatan, tempat tinggal serta persekitaran yang selamat adalah Hak sosial, kebudayaan dan ekonomi.

Konsep kontrak sosial menggariskan hubungan antara ahli-ahli masyarakat di mana setiap ahli melepaskan hak individu tertentu untuk mendapatkan keselamatan sosial yang bersifat kepentingan ramai. Pemikiran Rousseau ini telah menampakkan pengaruhnya dalam pemikiran hak asasi moden. Maka sepanjang pembentukan tamadun moden, imbangan antara hak individu dan hak ramai merupakan topik utama dalam perdebatan berkenaan hak asasi manusia.

Tafsiran Setiausaha Agung

Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia. Berteraskan prinsip hak asasi manusialah kita membina kesucian maruah manusia.

Perbezaan Model kognitif Dalam Konsep Hak Asasi Manusia

Hak asasi manusia mulai mendapat tempat di arena antarabangsa melalui Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Perisytiharan tersebut dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang keahliannya terdiri daripada kebanyakan negara-negara merdeka di dunia.

Kumpulan lain juga menerima pakai piawaian hak asasi manusia. Komuniti Europah (European Community) misalnya telah mendeklarasikan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi dan Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang terhadap negara anggota Komuniti Eropah.

Sementara itu, Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan Islam terhadap Hak Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Perisytiharan ini lebih mementingkan semangat ummah yang membawa konsep komuniti. Setiap hak asasi manusia yang ditera dalam perisytiharan itu membawa bersama tanggungjawab tertentu. Dalam setiap hak asasi manusia yang tertera, semua pihak adalah tertakluk kepada batasan untuk memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta kebajikan ummah.

Bagi tamudun lama Cina pula, susunan masyarakat berasaskan persetujuan dalam keluarga, kemudian dilanjutkan persetujuan itu ke peringkat kampung dan negara. Susunan masyarakat Cina yang berasaskan fahaman Confucius sememangnya berbeza dengan di negara-negara Barat yang lebih individualistik.

Perbezaan dari satu tamadun ke tamadun yang lain menampakkan perbezaan persepsi antara hak asasi manusia. Di satu pihak terdapat unsur individualistik yang mementingkan hak individu dan bersifat bertentangan dengan hak ramai. Di satu pihak yang lain pula terdapat semangat komuniti yang tinggi yang mementingkan hak ramai daripada hak individu



ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN

Islam Sebagai Agama Persekutuan


Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan menunjukkan bahawa agama Islam telah diberi keistimewaan dalam perlembagaan berbanding agama-agama lain di negara ini. Kedudukan Islam yang istimewa ini tidak harus dipertikaikan memandangkan peruntukan mengenainya ditunjangi oleh Perlembagaan. 

Perlembagaan Persekutuan itu pula adalah hasil kompromi dan permuafakatan bersama pemimpin-pemimpin negara dan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama semasa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.

Kedudukan Istimewa Islam ini juga telah mengambil kira elemen-elemen tradisional penduduk asal Tanah Melayu iaitu orang-orang Melayu ratusan tahun sebelumnya yang terus menerus dipertahankan . 

Contohnya, agama Islam telah menjadi anutan sejak ratusan tahun bagi orang-orang Melayu. Kerajaan Melayu Melaka yang bertapak kukuh selama lebih kurang 100 tahun pada kurun ke-15 telahpun memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali Hukum Kanun Melaka. Walaupun undang-undang tersebut dikatakan mengandungi unsur-unsur adat, namun sebahagian besar kandungannya merupakan undang-undang Islam sebenar meliputi perkara-perkara sivil dan jenayah.

Oleh yang demikian, tidaklah menghairankan mengapa Islam menjadi agama Pesekutuan. Sebagai Agama Persekutuan, Islam menjadi agama yang dominan dan mendapat banyak keistimewaan di negara ini berbanding agama-agama Islam. Apa yang penting dalam hal ini ialah, betapa pentingnya seluruh warga Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama ini menghayati sejarah negara.

 Tujuannya, agar setiap peruntukan penting dalam undang-undang di negara kita dapat difahami mengapa ia berlaku sedemikian rupa. Pemahaman mendalam mengenai sejarah negara dan undang-undang tidak syak lagi dapat mengikis rasa ketidakpuas hati mana-mana pihak terhadap suatu peruntukan undang-undang itu.




KEWARGANEGARAAN

Kewarganegaraan

Pengertian Kewarganegaraan

 Kewarganegaraan adalah suatu keanggotan seseorang didalam suatu negara. Kewarganegaraan juga bisa diartikan sebagai hubungan antara negara dengan warga negara. Adapun menurut Undang-Undang, kewarganegaraan adalah segala sesuatu yang berhubungan dengan negara.

Seseorang layak menjadi warganegara Malaysia melalui empat cara yang berikut:
a. Kuatkuasa undang-undang
b. Pendaftaran
c. Kemasukan(naturalisasi/perwarganegaraan)
d. Percantuman wilayah

Kuatkuasa undang-undang
     Orang-orang yang berikut adalah warganegara dengan kuatkuasa undang-undang:

1. Perkara 14(1) (a): setiap orang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia (16 September 1963) dan merupakan warganegara Persekutuan menurut peruntukan yang terkandung dalam bahagian I jadual kedua Perlembagaan Persekutuan seperti yang berikut:

a) Dia menjadi warganegara Persekutuan sebelum Hari Merdeka
.
b) Dia dilahirkan di Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka dan selepas bulan oktober 1962.

c) Dia dilahirkan di Persekutuan selepas bulan September 1962 dan pada masa kelahiran itu sekurang-kurangnya atau bapanya seorang warganegara atau bermastautin tetap di Persekutuan, atau dia tidak menjadi warganegara mana-mana negara lain pada masa lahirnya.

d) Dia dilahirkan di Persekutuan pada atau selepas hari Merdeka dan pada masa kelahirannya, bapanya seorang warganegara dan juga telah dilahirkan di Persekutuanbatau pada kelahiran itu berada dalam perkhidmatan kerajaan Persekutuan tau kerajaan sesebuah negeri.

e) Dia dilahirkan di luar Persekutuan pada atau selepas hari Merdeka dan pada hari kelahiran itu, bapanya seorang warganegara, dan dalam tempoh yang ditetapkan, mendaftarkan kelahiran itu di tempat pejabat konsul Persekutuan, atau kelahiran itu didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan jika kelahiran itu berlaku di Singapura, sarawak, Brunei, tau Borneo Utara.

2. Perkara 14(1) (b): Seseorang yang diahirkan pada atau selepas hari Malaysia dan mempunyai mana-mana daripada kelayakan yang ditentukan dalam Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Perekutuan seperti yang berikut:
a. Dia dilahirkan di Persekutuan dan pada masa kelahiran itu sekurang-kurangnya ibu atau bapanya seorang warganegara atau bermastautin tetap di Persekutuan.

b. Dia dilahirkan di luar Persekutuan dan pada masa kelahiran itu bapanya seorang warganeagara dan dilahirkan di Prsekutuan, atu pada masa kelahiran itu bapanya berkhidmat dengan Kerajaan persekutuan atau kerajaan sesebuah negeri.

c. Dia dilahirkan di luar Persekutuan dan pada masa kelahiran itu bapanya seorang warganegara, dan dalam tempoh yang ditetapkan, mendaftarkan kelahiran itu dipejabat konsul Persekutuan, atau kelahiran itu didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan jika kelahiran itu berlaku Brunei.

d. Dia dilahirkan di Singapura dan pada masa kelahiran itu sekurang-kurangnya ibu atau bapanya seorang warganegara.

e. Dia dilahirkan di Persekutuan dan pada masa kelahirannya dia tidak menjadi warganegara mana-mana negara.

Kemasukan (Naturalisasi/ pewarganegaraan)
     Menurut perkara 19(1), seseorang yang berumur lebih daripada 21 tahun dan bukan warganegara malaysia boleh memohon kewarganegaraan Malaysia melalui kemasukan dengan syarat bahawa:

a) Dia telah bermastatutin di Persekutuan sekurang-kurangnya 10 tahun dalam tempoh 12 tahun sebelum tarukh permohonan itu.

b) Dia berniat hendak bermastatutin tetap di Persekutuan

c) Dia berkelakuan baik

d) Dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam Bahasa Melayu.

Percantuman Wilayah

      Menurut perkara 22, jika sesebuah wilayah baru dimasukkan ke dalam Malaysia selepas Hari Malaysia (16 September 1963), parlimen boleh melalui undang- undang menentukan warganegara wilayah itu yang akan menjadi warganegara Malaysia atas sebab hubungan mereka dengan wilayah itu dan tarikh mulanya mereka akan menjadi warganegara.


PERUNTUKAN TAMBAHAN BAGI SABAH DAN SARAWAK

Peruntukan Tambahan Bagi Sabah & Sarawak


Berikut ialah beberapa peruntukan tambahan bagi Sabah & Sarawak dalam aspek pentadbiran & hubungannya dengan kuasa Kerajaan Persekutuan:

1. Parlimen tidak boleh menyekat penggunaan bahasa Inggeris di kedua-dua negeri.

2. Parlimen boleh membuat undang-undang tentang Kerajaan Tempatan di kedua-dua negeri.

3. Parlimen mempunyai kuasa menentukan syarat-syarat kewarganegaraan bagi kedua-dua negeri.

4. Parlimen boleh melarang kedua-dua negeri daripada mengenakan royalti terhadap galian.